Tuesday, April 19, 2011

Sasaran Kerajaan Bg Meningkatkan KDNK Dalam Keadaan Ekonomi Semasa

Kerajaan sentiasa memantau keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil akibat dilanda bencana alam dan pergolakan politik di Timur Tengah serta kesannya kepada prestasi ekonomi negara. Meskipun keadaan ekonomi negara Jepun dan Timur Tengah dijangka memberi kesan kepada ekonomi negara, namun impak tersebut adalah minimum dan dapat diimbangi dengan pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh dan peningkatan dagangan dengan negara lain yang tidak terjejas. Kerajaan juga mempunyai kemampuan dan jentera pengurusan ekonomi yang cekap dan efektif untuk menguruskan ekonomi negara. Oleh yang demikian, Kerajaan yakin sasaran pertumbuhan KDNK sebanyak 6% pada tahun 2011 masih dapat dicapai.

No comments:

Followers