Tuesday, April 27, 2010

Kesaksamaan vs Kesamarataan

Kesaksamaan dan kesemarataan bunyinya seperti sama ttp berbeza dr segi maksudnya..
Jelas sekali perbedaan dari segi maksudnya diterjemahkan melalui pendekatan politik di Malaysia..

Perjuangan untuk kesamarataan oleh PR dan tolerasi kesaksamaan oleh BN menjenamai pola politik pasca PRU 12...

Seolah2 kesaksamaan tidak dpt menyamai kesamarataan yang dituntut oleh kaum2 lain selain Bumiputera seperti yg termaktub di dlm perlembagaan

1. Orang Asli
2. Melayu
3. Bumiputera Sabah Dan Sarawak
4. Kaum2 Lain (Cina , India dll)

Prinsip demokrasi mendukung hak kaum majoriti ttp permintaan yang dipinta utk hak samarata amat tidak bertanggungjawab.. Pelbagai pengorbanan , tolak ansur , kompromi dari segi sosia politik, pengagihan kekayaan ekonomi seperti tidak dapat diterjemahkan melalui beberapa PRK baru baru ini..

Di Hulu selangor khususnya.. Melayu mula beralih arah kepada BN (UMNO) tetapi tidak kepada Cina yg nampaknya beralih arah kepada PR (BN).. Impaknya yang paling ketara adalah di PRK Sibu bagaimana dahulunya dikenali kubu kuat BN berjaya dirobohkan dgn menjunjung kuasa rakyat adalah segalanya..

Persoalan.. Adakah selama ini BN langsung tidak menjunjung kuasa rakyat??


Saturday, April 10, 2010

Its Complicated

Satu status yg mengundang pelbagai maksud...

Status yang membawa satu persoalan kepunyaan siapakah si empunya diri?..

Satu status dimana ia boleh membawa satu tarikan atau fenomena ke arah hubungan sulit??.

____________________________________________________________________

Di dalam kehidupan ini penulis telah mengharungi pelbagai ranjau berduri.. Seharusnya diukur pada diri sendiri.. Betapa nistanya dan hinanya diri jika dibandingkan dengan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad.. Namun tidak dinafikan perjalanan penulis masih jauh dan jauh lagi sebelum proses kematangan yang menyeluruh...

Kehidupan ini rumit jika kita tidak mengasimilasi persekitaran kita.. Syukur pada yang ada dan penilaian yang waras dapat membantu di dalam pembuatan keputusan. Jika dahulu kita boleh hidup dengan apa yang kita ada walaupun dengan pendapatan bulanan yang rendah apa bezanya pada masa skrg..??? Naluri manusia itu suka untuk mencari kesusahan.. Iya.. Dalam sedar atau tidak kepuasan dan kehendak dirilah yang menjadi pengukur diri.. Jika sudah berpendapatan tinggi pun masih tidak cukup... ?? Aduss...

__________________________________________________________________

Hidup ini mudah jika kita yang mempermudahkan keadaan.. Kita adalah khalifah yang diamanahkah untuk mentadbir bumi dan tanggungjawab inilah kita galas dengan penuh rasa amanah dan tawaduk... Kekadang kita termangu dengan wacana yang kita putuskan... Haha..
Inilah kehidupan sebenarnya dimana apa kita cari ada di depan kita... Kita mencari kepuasan dan keputusan yang seboleh-bolehnya memihak kepada kita.. ( cari punya cari ta jumpa).

Sebenarnya.. hidup ini tidak sekejam mana pun.. Malah tidak serumit manapun (its complicated).. Perkataan tolak ansur, bertimbang rasa, mengalah, tidak takut gagal, redha dengan takdir adalah di antara elemen yang wajar ada setiap manusia.. Janganlah disebabkan satu perkara ia membawa satu masalah yang besar.. Bawalah berbincang, gunakan bahasa yang sopan, agama sebagai panduan Insya Allah ia boleh membantu di dalam membuat keputusan.

Followers