Tuesday, October 14, 2008

KENGKAWAN

Ramai yg x faham sebenarnya erti kawan... Kalau ditanya kawan.. jawapannya "kawanla"..

Ape punya jawapan...

Ada ckp kawan aka kawan sampai mati...

ada gak kawan tu aka kawan sehidup sesusah... Tapi kebanyakannya bila susah "pegi matilah kau".. tol tak? Betul (yana n nor cakap) (dorang tgh gelak).. hehehe

Sebenarnya kawan ni adalah org yg boleh didekati, disayangi (bkn cinta je.. kwang3x - nor ckp), tpt ngadu... dll....

Ini sebenarnya erti kawan.. Tapi tulah ramai yg x menghayati erti sorang kwan... Kawan berduit?? kawan berharta or kawan mmg cari org yg susah la...

Serupa juga masa kita dilamun cinta or berkasih sayang or hubungan suami isteri...

Masa bercinta indah belaka... tp tula bila da kerepot sket hish mulala cari lain.. alah ta kirala lelaki ke pompuan same je... Penerapan or penekanan kurang dlm perhubungan

Bercinta tu aka... kawan, musuh, benci, sayang.. ni la ramuan yg sebenarnya

Bercinta nk yg manis je/... yg pahit bila datang cari lain .. mengelak dr masalah.. Persoalannya sampai bila kt nk mengelak dari masalah?... Hari ni kita lepas dari masalah.. Sok pn kita lepas dari masalah kita.. Tp bagaimana minggu depan .. bulan depan?.. fikir fikirkanlah

Soalan Cepu Emas...

Apa beza good friends... best friends and special friends?? hah jawab

Sunday, August 17, 2008

"JODOH" ketentuan Tuhan..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungkanlah Sedalam-dalamnya...

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan..

Hanya belum sampai masanya.

Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.

Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.

Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat.

Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat 'Right Person' dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.

Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.

Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Semoga mendapat jodoh yang didamkan dan dirahmati Allah, amin.

Wallahu'alam

Monday, August 11, 2008

Episod Cabar Mencabar

Harga yang perlu dibayar apabila kita mencuba2 utk menukar kerajaan... Apakah implikasinya?... Kita tahu UMNO tidaklah segagah seperti sebelumnya dan tidak dinafikan oleh kemunculan pahlawan DSAI yang mewakili low class dan middle class worker... Keadilan dan Kesamarataan adalah tunjang corak pegangan beliau..


Selepas berlakunya tsunami politik ekoran PRU 12 yang lepas kita lihat bagaimana rapuhnya perpaduan diantara kaum di Malaysia... Melayu dilihat sebagai terpinggir dan ditekan oleh bangsa lain.. Lihat sahaja dimana banyak kenyataan2 yang dianggap mencabar kedaulatan dan keistimewaan raja dan sultan melayu bahkan juga hak dan keistimewaan orang melayu dan bumiputera...


Kita semua tahu sultan dan raja adalah lambang orang melayu... Selagi ada sultan dan raja melayu makanya tidak akan ada seorangpn drpd bangsa lain mampu untuk mengambilalih kuasa eksekutif diperingkat negeri mahupun persekutuan..

Skrg kt telah melihat cabar mencabar diantara kaum melayu dan juga diantara bangsa asing... Di dalam pakatan rakyat itu sendiri kita tahu wujudnya cabar mencabar di dalam pakatan mereka... DAP dengan agendanya begitu juga PKR dan tidk kurang juga PAS... Presiden PAS juga mengugut akan keluar dari pakatan seandainya hak orang melayu dan islam dipinggirkan... Bagaimana pula dengan DAP?...

Parti BN pula menghadapi suasana tegang dimana bangsa asing juga menekan UMNO iaitu parti komponen yang besar... Pelbagai tuntutan dikeutarakan malahan ia tidak kurang juga menuntut perlucutan serba sedikit hak orang melayu dan bumiputera beserta artikel dan perlembagaan yang begitu sensitif...

Di sinilah yang saya lihat cabar mencabar di antara kita... Apakah ia memberi peluang kepada bangsa asing atau adakah ia satu lagi wadah perjuangan baru generasi millennium? Walaupapun kita mestilah melihat secara keseluruhannya.. Apakah implikasi pada jangka masa panjang akan memberi kebaikan kepada hak dan keistimewaan orang melayu? Fikir fikirkan lah

Tuesday, July 29, 2008

Keikhlasan Yang Mutlak Menstruktur Perpaduan Bangsa

Apakah erti keikhlasan yang dicari2 dalam suasana politik di Malaysia?... Ikhlas untuk memperjuangkan bangsa Melayu atau Islam secara amnya... Atau mungkin ada udang disebalik pizza...

Pelbagai tohmahan dan pendapat dilemparkan apabila timbulnya isu penyatuan/ kerjasama/ perkongsian/ persahabatan/ pakatan selepas pertemuan Muzakarah dan Muqabalah di antara dua parti yang dominan/ sinonim dengan kaum Melayu iaitu UMNO dan PAS... Ada yang punggungnya panas dan ada juga menangis kegembiraan... Menangis? Hurmm...

Walau apapun pendapat di luar sana ayuhlah kita merenung disebalik pertemuan itu... Jika diambil dari tujuan utama pertemuan itu ia adalah berkisar dengan suasana politik di Malaysia selepas Pilihanraya Umum 2008 (PRU)... UMNO di lihat tidak lagi dominan sebagai parti yang memperjuangkan dan melindungi orang Melayu.. Ini kerana kerusi UMNO yang berjaya dikekalkan adalah sebanyak 78 kurang dari separuh kerusi Parlimen iaitu 221 kerusi... Maka munculnya istilah Tsunami Politik di Malaysia... Tsunami?...

Tsunami politik yang melanda memperlihatkan kejagohan pembangkang di dalam menafikan undi majoriti @2/3 kerusi parlimen dan memperlihatkan ramai jagoan melayu UMNO bungkus... Maka satu pakatan diwujudkan iaitu Pakatan Rakyat dan perlu diingat ia adalah satu pakatan parti2 politik iaitu PAS, PKR dan DAP bukannya satu Parti Politik yang bernaung di bawah satu bendera... Hurmm.. Pakatan diwujudkan dengan muafakat dan persefahaman bersama iaitu membenteras rasuah, keadilan, dan kebajikan untuk rakyat...

Timbul satu isu di dalam Pakatan itu sendiri apabila kaum asing mendominasi kaum Melayu... Di mana kecelaruan itu menular?.. Ia bermula dengan pelbagai siri yang mencabar maruah orang melayu itu sebagai Tuan Tanah... Kita sambung esoklah.. Nk balik... Daa

Thursday, July 24, 2008

Orang2 Kaya Di Malaysia.. Mana Dia Org Melayu?

Position
Billionaires Net Worth (RM billion) Business
1
Tan Sri Robert Kuok Hock Nien RM 58.11 bil. Media, Transportation, Real Estate
2
Tan Sri T. Ananda Krishnan RM 19.63 bil. Media, Telecommunications
3
Tan Sri Lee Shin Cheng
(IOI Group)
RM 14.94 bil. Plantations, Real Estate
4
Tan Sri Quek Leng Chan
(Hong Leong Group)
RM 11.098 bil. Banking, Entertainment, Manufacturing
5
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
(Albukhary Foundation)
RM 8.550 bil. Engineering & Power Generation, Transportation
6
Tan Sri Teh Hong Piow
(Public Bank)
RM 8.060 bil. Banking
7
Tan Sri Lim Kok Thay
(Genting Group)
RM 3.168 bil. Hotels, Entertainment
8
Tan Sri Tiong Hiew King
(Rimbunan Hijau Group)
RM 3.87 bil. Media, Plantations
9
Tan Sri Vincent Tan
(Berjaya Group)
RM 3.409 bil. Hotels, Entertainment, Real Estate, Financial Services
10
Tan Sri Azman Hashim
(Amcorp Group)
RM 2.87 bil. Banking


Inikah yang dikatakan keadilan?.... Hak sama rata antara kaum... Ekonomi, Politik, Tentera... Samarata.. Duduk sama rendah berdiri sama tinggi... Sultan dan Raja hanya boneka.. Tiada makna langsung hanyala sebagai simbol... Adakah ini yang kita orang melayu cari?... Misi kita masih belum selesai... Lihatlah bagaimana ekonomi kita dicengkam oleh bangsa lain.. Klau inipun kita masih berkata Malaysia ini mengamalkan dasar yang tidak menguntungkan orang CIna or India.. hah ini buktinya.. Berapa kerat melayu yang ada.. Nampak sahaja agihan ekonomi cina dan india kepada melayu sebagai tuan tanah tidak adil...

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Adakah DEB itu memberi satu kelebihan kepada orang Melayu dan kaum2 lain ataupun ia adalah punca pendapatan kroni?

Apa yang kita tahu mengenai DEB?,,... Secara ringkasnya DEB lahir selepas peristiwa 13 Mei 1969.. Pelbagai inisiatif diadakan untuk mengimbangi ketidakseimbangan ekonomi di Malaysia tatkala itu.. DEB dilihat lebih mempertahankan hak ekonomi kaum Melayu sebagai hak bumiputera di bumi Malaysia ini... Hurmm... Di manakah datangnya kecelaruan itu?

Ramai yang lahir di dalam DEB ini.. Contohnya Tan Sri Khalid Ibrahim, Tan Sri Syed Nasimudin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, Tan Sri Mustapha Kamal dan ramai lg(sekadar menyebut beberapa nama)... Kecelaruan mula timbul apabila timbulnya isu kronisme di dalam DEB itu sendiri... DEB mula dilihat sebagai menekan kaum2 lain dan cuba dipolitikkan oleh pembangkang...

Sekali lagi kecelaruan menjadi satu kecelaruan... Berapa ramai lagi yang cerdik berbanding yang bijak?... Harus diingat... Ops Wajib diingat DEB itu untuk orang Melayu khasnya... Pelaksanaannya sahaja yang dianggap gagal itu perkara yang utama.. Selagi pelaksana nya adalah manusia ia tidak lari dari melakukan kesalahan.. jangan kita mendabik dada kita tidak lari dari godaan luaran selagi kamu itu bukan nabi... Justeru itu apa yang dilihat pelbagai percubaan UMNO untuk menyelamatkan DEB itu ialah memperkasakan badan2 perundangan(parlimen), kehakiman(mahkamah) dan penguatkuasa (BPR/ Polis) yang ada.. Ini yang populistnya.... Apa lagi yang kita orang melayu mahukan?...

Saudara bertanyalah pada diri sendiri... Kalau DEB itu tidak adil kepada rakyat khususnya kepada kaum asing (cina dan india), adakah kaum lain adil dengan corak sistem ekonomi mereka?... Maksudnya segala urusan jual beli jangan ada double standard terhadap kaum melayu... Kita tahu mereka (kaum asing) tidak akan memberi peluang perniagaan yang sama seperti kaum mereka... Adilkah ini?...

Saya sebagai penulis pernah berkata jangan kita memperjuangkan sesuatu isu jika kita tidak melihat isu yang lebih besar di belakang kita... Tidak salah untuk memperjuangkan sesuatu isu tetapi janganlah kita menggadaikan hak mutlak kita.. Jika DEB itu satu platform kronisme untuk mengayakan saudara mara oleh kerana kelemahan pelaksanaannya, kenapa tidak kita mengubahnya sedikit agar lebih sesuai dengan zaman ini...?.. Biasalah komputer zaman dahulu pun kene tukar juga.. Takkan la sampai ke tua mahu pakai Intel Pentium MMX zaman dulu lagi.. Kesesuaian itu mestila ada dan cocok pada zaman penuh globalisasi ini...

Jadi di manakah pendirian kita semua... Singkir DEB or Pinda DEB? .... Apapun pilihan saudara.. saudara telah meletakkan pemikiran kepada satu tahap yang lain...

Di mana yang cerdik dan di mana yang pandai nya?... Isk isk

Sunday, July 20, 2008

Ketuanan Melayu (KM) vs Ketuanan Rakyat (KR)

Ketuanan Melayu adalah sama dengan Ketuanan Rakyat?... Hurmm

Suara-suara pemikir yang dikatakan cerdik pandai mula kedengaran... Baik Ketuanan Melayu (BN-UMNO ) mahupun Ketuanan Rakyat (PR - PKR) sama sahaja dari segi istilah dan bahasanya..

Mana mungkin boleh sama maksud dan tujuannya.. dari segi bahasa jelas berbeza iaitu MELAYU dan RAKYAT... dari segi istilah pula sewajarnya ada penjelasan yang besar sekali di sini yang mahu dikupaskan oleh saya...

Kita lihat dari segi sejarahnya.. Di mana lahirnya Ketuanan Melayu ini dan juga Ketuanan Rakyat... Ketuanan Melayu ini mula muncul di mana perkataan Malay Struggle pada zaman penjajahan British lagi... Tidak dinafikan ia mmg wujud sblm Malaya merdeka lagi dengan pergerakan cendikiawan yang menentang Neo Kolonisme di bumi Malaya. Ia mula menular dengan kuat sekali bila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969... MAGERAN diwujudkan.. PAS diajak menyertai BN untuk memperkukuh kedudukan orang melayu... Bagaimana berlakunya peristiwa 13 MEi itu tidaklah perlu saya perjelaskan lagi cuma bolehla saya ringkaskan lagi adalah ketidakstabilan ekonomi dan juga agihan kuasa yang tidak seimbang..

Ketuanan Rakyat pula mula diketengahkan oleh golongan-golongan pembaharuan yang juga berpayungkan keadilan sama rata ditunjangi oleh Parti Keadilan Nasional (PKR) yang dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (PKN).... PKR mempunyai pengaruh yang besar dan impak yang amat besar di dalam suasana politik di Malaysia khususnya di dalam Pakatan Pembangkang di Parlimen... Menganggap dirinya sebagai The Ruler Coaliation Of The Future yang diketuai oleh saudara Anwar Ibrahim yang juga penasihat PKR... Tidak dinafikan Anwar mempunyai kekuatan dan karisma yang cukup tinggi malah boleh menggerakkan emosi marah, ceria, sedih dsb... Istilah ini muncul setelah PR itu telah memenangi jumlah undi yang sangat besar di dalam sejarah Malaysia.... Di atas nama "justice for all" maka ia bolehla ditafsirkan hak sama rata dan keadilan di antara semua kaum....

Mari kita kupas beza KM dan KR... KM itu terang-terang telah menyebut Melayu itu adalah satu kaum peribumi @ bumiputera yang sah di Tanah Malaya.. Maksudnya istilah KM itu memberikan kelebihan kepada orang Melayu sebagai tuan tanah yang asal... Manakala KR itu menyebut Rakyat yang lahir di Bumi Malaysia ini mempunyai hak juga di bumi Malaysia ini... Ini bermaksud kaum2 asing seperti Cina dan India itu tidak termasuk kaum Asli sama tarafnya dengan kedudukan orang Melayu.... Ini yang populistnya... PKR nampak ianya mahu menarik sokongan dan undi kepada golongan bukan melayu.. Tidak terfikirkah anda di sana?...

Apa yang saya lihat sekarang selepas PRU yang lalu jelas ia bukanlah satu kebajikan dan keadilan semata2... ya betul mmg wujud Korupsi, Kolusi, Kronisme dan juga nepotisme... Ttp jgn kita berbicara dengan terlalu kritikal kerana masalah yang besar kt membelakanginya... Adakah dengan nama keadilan itu kita mahu menggadaikan maruah dan hak kita?.. Itukah harga yang wajar dibayar.... Dahulu sering kedengaran apa saya perkatakan Malay Struggle...

Di dalam wawancara AL Jazeera... Saudara Anwar mengatakan "This is about justice... The will of struggle of people against coruption, nepotisme ".... Huraian dan pendapat saya begini... Apa yang saya lihat ini bukanlah people struggle... ini adalah power struggle... klu bahasa ekonomi nya que bono (siapa dapat)?,... siapa yang memperoleh kuasa maka dia hampir menikmati kepuasan sebenar di dalam hidupnya.... Terpulang kepada anda semua bagaimana mahu memberikan pendapat dan idea tersendiri samada bersetuju dengan huraian dan malah juga mempunyai pendapat yang lebih bernas untuk diketengahkan...

Senarionya begini... pada masa dahulu kita tahu kaum melayu amat ditakuti kerana perpaduan yang amat utuh... Malah tiada siapa berani yang mempertikaikan KM itu kecuali golongan cerdik pandai (keadilan) yang lebih menjurus kepada kaum asing (cina/india)... Mereka mempertikaikan kontrak sosial yang wujud semenjak merdeka lagi... Itu adalah senario pada masa dahulu di mana kaum asing mempertikaikan KM itu.. Tahun demi tahun sehinggalah PRU yang lepas wujud suara sumbang itu lagi... Tetapi yang lebih memeranjatkan lagi ia bukannya datang dari suara kaum asing.. malahan kaum Melayu sendiri mempertikaikan kontrak sosial itu sendiri di mana keadilan adalah untuk semua tidak kepada melayu sahaja... Adalah amat geli hati ini apabila mendengar kaum Melayu itu sendiri mempertikaikan keismewaan mereka sendiri... Astaga..

Keadilan apa yang dicari walhal kita serba ketahui agihan ekonomi itu tiada sama rata.. Di mana keadilannya... Kita lihat sahaja negara Temasik (singapura) yang dahulunya didiami oleh orang Melayu... Klu disana keadilan yang dicari2 oleh kaum asing dan melayu lihatlah contoh diseberang sana... Di mana dia jawatan2 dan raja melayu di sana.. kaum melayu dipinggirkan dari menanggotai kerajaan... Tiada satu pun berbanding di Bumi bertuah ini Malaysia... Adakah ini keadilan yang dicari2 oleh kaum Melayu kita?...

Sebagai penutup, renungan ini saya keutarakan kepada anda di luar sana untuk berfikir?

Kaum Cina mempunyai negara asal mereka iaitu Negara Cina..
Kaum India mempunyai ibu negara mereka iaitu Negara India...
Kaum Melayu?.....

Jangan kita menggadaikan maruah dan tanah air kita semata2 kuasa yang hendak dikecapi... Hanya UMNO dan PAS sahaja yang benar2 memperjuangkan orang Melayu walaupun pada dasarnya berbeza pahaman politik... jgnlah kita bertengkar di atas sesuatu yang merugikan kaum kita sendiri.. Sekian...








Followers