Tuesday, April 19, 2011

Peranan kerajaan memastikan anak-anak kecil membesar dengan baik dengan cadangan supaya elaun penjagaan – diberikan secara rebet cukai.

Pelbagai layanan khas cukai telah diberikan untuk tujuan penjagaan anak-anak sama ada secara langsung atau tidak kepada pembayar cukai individu dan majikan.

Di pihak individu, layanan cukai berikut telah diberikan::

i) pelepasan cukai sebanyak RM1,000 untuk setiap orang anak yang berumur kurang daripada 18 tahun; dan

ii) manfaat yang dinikmati pembayar cukai dalam bentuk elaun penjagaan anak tidak dianggap sebagai pendapatan untuk tujuan cukai pendapatan terhad sehingga RM2,400 setahun.

Di pihak majikan pula, insentif cukai berikut telah diberikan:

i) potongan cukai ke atas perbelanjaan penyelenggaraan pusat penjagaan anak untuk majikan yang menyediakan kemudahan pusat tersebut untuk para pekerja;

ii) potongan cukai ke atas nilai elaun penjagaan anak yang diberikan oleh majikan kepada pekerja terhad kepada RM2,400 setahun; dan

iii) elaun bangunan industri ke atas perbelanjaan majikan bagi tujuan pembinaan atau pembelian bangunan yang diperuntukkan untuk pusat jagaan anak untuk pekerja.

Pelbagai insentif atau layanan khas cukai bagi tujuan penjagaan anak yang telah disediakan untuk pembayar cukai individu dan majikan pada masa ini adalah memadai dan cadangan supaya elaun penjagaan anak diberikan rebat cukai tidak wajar dipertimbangkan.

No comments:

Followers