Tuesday, April 19, 2011

Penjelasan Kerajaan ke atas sasaran Kerajaan Bagi Meningkatkan KDNK Dalam Keadaan Ekonomi Semasa Yang Tidak Stabil Dengan Dilanda Masalah Bencana Alam

Pada masa ini, SPNB sedang melaksanakan sebanyak 32,516 unit Rumah Mampu Milik (RMM) untuk golongan berpendapatan rendah di seluruh negara dan sehingga 31 Januari 2011, 13,593 unit RMM telah siap dibina dan 19,223 unit masih dalam proses pembinaan.

Selain itu, SPNB juga melaksanakan projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada penduduk yang berkelayakan. Sehingga kini 15,118 unit RMR telah siap dibina dan diserah kunci manakala 3,131 unit masih di dalam proses perjanjian dan pembinaan.

Namun begitu, SPNB tidak terlibat secara langsung dengan pelaksanaan projek kampung tradisional dan pembesaran kampung. Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan bersedia mempertimbangkan lebih banyak peruntukan sekiranya terdapat keperluan dan permintaan bagi projek RMM dan RMR pada masa hadapan tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa Kerajaan.

No comments:

Followers